CERITA SAYA!


6 bulan lalu, pada pertengahan bulan Januari 2008, saya menerima email daripada seseorang yang tidak dikenali (kira 'Spy Message' atau 'SPAM).Kebetulan pada masa tu, saya agak free kat rumah. Nak hilangkan boring, saya pun membacanya, mungkin ada peluang yang baik untuk saya.

Tidak semua email yang kita terima terutama daripada seseorang yang tidak kita kenali itu bermaksud tidak baik atau menipu. Paling penting, gunakan akal dan ilmu yang kita ada serta berhati-hati selalu sebelum membuat keputusan untuk menceburi apa-apa sekalipun agar apa yang akan kita lakukan nanti itu bersifat "SELAMAT"!Selamat di dunia dan Selamat di Akhirat nanti, Insyaallah! Biasalah, di dalam "Dunia tanpa Batasan" ini, bermacam-macam ada. Ada Baik, Buruk, Menipu, Haram, Halal, Mengarut dan sebagainya.

Setelah membaca dan menyelidik serba sedikit tentang latar-belakang perniagaan My Mode ini termasuk latar-belakang syarikat, produk dan teknik pemasarannya agar perniagaan ini betul-betul sah dan selamat, saya menghubungi individu tersebut untuk menyertai perniagaan ini. Seperti yang diminta, saya pun mendepositkan yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM65 ke dalam akaunnya, sehari selepas itu saya didaftarkan secara SMS dan menerima PIN keselamatan dan kini saya sah bergelar Agen My Mode.

Fokus utama saya menyertai My Mode pada mulanya adalah sekadar ingin berjimat ke atas penggunaan Prepaid saya setiap bulan berbanding sebelum ini. Apa salahnya kita menyertai perniagaan di mana produknya kita sendiri telah menggunakan sekian lama, lagipun sebelum ni setiap kali saya membeli prepaid kat kedai biasa, 1 sen pun tak dapat.Kalau setiap hari, minggu atau bulan kita memerlukan prepaid, begitu juga orang di sekeliling kita. Dengan cara ini, secara tidak langsung kita dapat berjimat cermat di atas penggunaan Prepaid kita sendiri, di samping menambah sedikit pendapatan dengan menjual kepada sesiapa sahaja di sekeliling kita yang memerlukannya. Takkan mendapat pulangan beribu-ribu baru nak dikatakan sebagai pendapatan? Bandingkanlah berapa yang kita bayar, usaha yang kita buat dan berapa yang kita dapat? Baru kita buat keputusan samada berbaloi atau tidak?

Lagipun yuran penyertaan yang dikenakan sekali sahaja (RM65.00) dalam seumur hidup bagi saya tidak membebankan dan berbaloi dengan apa yang kita dapat untuk seumur hidup. Dalam masa yang sama, mungkin saya boleh menjual kepada rakan-rakan berdekatan dan rakan. Di samping itu, saya boleh menolong topup kepada abang saya di UITM yang mungkin susah untuk mendapatkannya, terutama dalam keadaan kecemasan dan waktu malam.

Walaupun terdapat pelbagai perniagaan berbentuk MLM dengan pelbagai jenis produk, My Mode menjadi pilihan saya kerana:

1. Produk: PREPAID
Potensi pasaran sangat luas, potensi permintaan sangat tinggi, maka potensi untuk berjaya walaupun untuk jangka panjang akan dapat dicapai.Berbanding MLM yang menjual produk selain Prepaid, selain persaingan dengan produk yang sama yang sangat tinggi dengan syarikat-syarikat lain, harga setiap produk yang dijual kebanyakkannya diluar kemampuan setiap rakyat Malaysia dan ada di antaranya hampir 2 kali ganda daripada harga pasaran biasa.

2. Syarikat: Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd (618758-H)
Syarikat yang berdaftar secara sah, kukuh dan stabil sejak tahun 2003 lagi, serta mempunyai pejabat sendiri di Dataran Palma, Ampang Kuala Lumpur. Jadi tiada masalah dan tidak perlu risau dari segi keselamatan urusniaga anda kerana ada tempat untuk dirujuk sekiranya ada sebarang masalah.

3. Teknik Pemasaran: Fleksibel, mudah dilakukan, mampu dicapai serta konsisten
Walaupun terdapat syarikat MLM lain yang berasaskan produk utama yang sama iaitu Jualan Prepaid secara SMS, namun bagi saya My Mode tetap MLM terbaik, paling lama dan aktif yang pernah saya lakukan. Setelah meneliti kombinasi Pro dan Kontra dari segala aspek termasuk Yuran, Harga Jualan, Bonus dan sebagainya dengan syarikat yang lain dengan produk yang sama, saya membuat keputusan untuk menyertai My Mode. Antara sebab-sebabnya:

i. Latar belakang syarikat yang stabil dan kukuh sejak ditubuhkan pada tahun 2003.
Jadi keyakinan saya terhadap perniagaan ini sangat tinggi.

ii. Yuran penyertaan seumur hidup yang sangat rendah (RM 65.00)
Yuran hanya perlu dibayar sekali sahaja semasa mendaftar, bermaksud semua golongan daripada pelbagai peringkat berhak menyertai My Mode dan dengan ini status keahlian setiap Agen My Mode adalah SEUMUR HIDUP. Walaupun ada di antara syarikat lain dengan produk yang sama mengenakan yuran penyertaan yang lebih rendah, tetapi status keahlian perlu diperbaharui setiap tahun, jadi untuk menjadi agen seumur hidup di dalam syarikat tersebut, darabkan sahaja anggaran berapa tahun untuk anda menjadi agen dengan syarikat tersebut dengan kadar semasa yuran tersebut. Bandingkan jumlah anggaran yuran tersebut dengan RM 65.00 yang dikenakan My Mode.

iii. Harga produk sama dengan harga pasaran.
Kita sedia maklum, margin setiap prepaid yang dijual sangat kecil dan dikawal oleh pengeluarnya (TELCO)seperti Celcom, Maxis dan DIGI. Bagaimanapun setiap agen My Mode tetap memperolehi keuntungan walaupun Prepaid yang dijual serendah RM 5.00 dengan harga RM 5.00 juga kepada pelanggan. Sikit pun tetap untung juga. Biar sedikit tetapi keberkatan tu ada. Walaupun ada syarikat lain dengan produk yang sama secara terang-terang menjual Prepaid RM 5.00 dengan RM 5.50 dan Prepaid RM 10.00 dengan harga RM 10.50, My Mode tetap menjual Prepaid tersebut dengan harga yang sama dengan nilai Prepaid tersebut bagi mengelakkan sebarang keraguan yang timbul (riba, syubhah & gharrar), jika menjual sesuatu barang melebihi nilai sebenar barang tersebut. Setiap Agen My Mode tetap memperolehi keuntungan, walaupun prepaid dijual sama dengan nilai prepaid tersebut. Bersyukurlah sebanyak mana yang kita perolehi.

iv. Mempunyai program Khairat Kematian (MCCP)
MCCP (My Mode Community Care Programme) atau dengan bahasa mudahnya, "Program Khairat Kematian" ditubuhkan sebagai salah satu program kebajikan khusus untuk agen-agennya yang telah meninggal dunia. Jika seseorang Agen My Mode yang telah mendaftar dengan program ini meninggal dunia, maka 0.50 MyP (RM 0.50)daripada setiap Agen-agen My Mode yang mendaftar dengan program ini akan dikumpul dan diberikan kepada pewaris berdaftar kepada Agen yang meninggal dunia tersebut.

v. Pelbagai bonus yang menarik mengikut prestasi individu
Selain daripada komisen jualan Prepaid, My Mode sebagai sebuah syarikat MLM, tetap menjaga agen-agennya dengan memberikan pelbagai bonus sampingan yang menarik mengikut prestasi individu. My Mode bukannya skim berbentuk piramid yang hanya menguntungkan orang yang di atas sahaja, tetapi di dalam My Mode "Siapa Cepat Dia Dapat, Siapa Lambat Dia Tertinggal". Ini baru persaingan adil di dalam perniagaan!

Dalam My Mode, tidak mustahil seseorang yang baru menyertai tetapi gigih berusaha akan meninggalkan mereka yang telah lama menyertai sebelumnya. Tidak mustahil juga seseorang boleh mendapat berpuluh ribu sebulan dengan hanya produk Prepaid walaupun tempoh yang diperlukan agak lama. Walaupun anda perlukan setahun untuk mendapat pendapatan yang lumayan dengan My Mode yang mungkin melebihi gaji anda sekarang, berbaloikah rasanya dengan duduk sahaja mengharapkan gaji yang mungkin naik atau tidak? Kalau naik pun, takan sampai 50% daripada gaji semasa bukan?

Kini, My Mode ibarat "tabungan" masa depan saya. Ibarat menabung, "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".

BELUM MENDAFTAR LAGI?
KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK PENDAFTARAN PERCUMA!
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle